KUALA LUMPUR, 11 Mac- Bank Muamalat Malaysia Berhad telah menggerakkan kempen #SubuhMacamJumaat dan Cintai Masjid di 14 buah negeri, sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan.
Selain itu, bank tersebut turut melaksanakan program gotong-royong membersihkan dan membaik pulih 14 buah masjid terpilih dari setiap negeri, sebagai program tanggungjawab sosial korporat mereka.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin dalam satu kenyataan memaklumkan inisiatif itu bagi menambah keselesaan jemaah masjid bagi menyambut bulan Ramadan.
Selain itu, program tersebut juga menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim antara komuniti dan warga Bank Muamalat dalam mencipta ‘Kehidupan Lebih Baik, Bersama’.
Dalam kempen khas tersebut, pihak bank juga telah menyumbang bantuan tunai kepada masjid yang terlibat.
Program tersebut telah dijalankan pada 9 dan 10 Mac 2024.
Majlis penutup diadakan di Melaka dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.