fb fb fb fb fb

Malaysia-Singapura bekerjasama cari solusi kesesakan laluan darat

ISKANDAR PUTERI, 30 Ogos- Malaysia dan Singapura bekerjasama mencari langkah terbaik mengatasi masalah kesesakan yang kerap berlaku di kedua-dua laluan darat iaitu Tambak Johor dan Link Kedua.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keperluan mewujudkan perkhidmatan feri yang menghubungkan Iskandar Puteri dengan Tuas, Singapura turut dibincangkan.

Selain itu, memastikan projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands siap mengikut jadual.

"Kunci utama adalah meminimumkan isu kesesakan termasuklah melalui projek RTS secepat mungkin dan berjalan mengikut jadual, kita juga berusaha mengatasi masalah isu berkenaan, juga kemungkinan melihat kemungkinan perkhidmatan feri antara Tuas dan Iskandar Puteri," kata beliau dalam ucapannya merasmikan Pelancaran Projek 1975 Avenue and Hotel, di sini.

Pelaksanaan projek komersial dan perkhidmatan seperti 1975 Avenue and Hotel di Kempas, Johor Bahru itu diharap mampu menarik kehadiran lebih ramai pengunjung antarabangsa ke negeri ini.

Projek 1975 Avenue and Hotel dijangka dibuka hujung tahun 2023 turut menempatkan dua buah kapal terbang jenis Boeing 747 selain pantai buatan untuk tujuan rekreasi.


(Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata dalam ucapannya dalam Majlis
Perasmian Pelancaran Projek 1975 Avenue and Hotel, di sini)

Media Baharu