fb fb fb fb fb

Malaysia sedia terima 15 warga Palestin, pemantauan, syarat keselamatan ketat dikenakan

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 19 Mac- Malaysia sedia menerima 15 tahanan Palestin yang dibebaskan Israel.

Ia susulan daripada usaha perdamaian bawah perjanjian gencatan senjata di Gaza yang dipersetujui oleh negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang juga merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI berkata beberapa perkara sedang diperhalusi, selain lokasi penempatan sebelum membawa rakyat Palestin terbabit ke negara ini.

Bagaimanapun, pemantauan serta syarat keselamatan ketat bakal dikenakan kepada mereka.

"Tapi semestinya aspek-aspek tentang pergerakan mereka, keberadaan mereka. Pemantauan yang ketat akan dilakukan oleh agensi keselamatan dan mereka akan dikenakan ataupun di diletakkan beberapa syarat tentang aktiviti-aktiviti mereka di Malaysia. Jadi, pemantauan ketat akan dilakukan oleh agensi keselamatan.

"15 orang ini belum lagi berada di Malaysia. Proses itu belum bermula dan kita sedia maklum keadaan sekarang di Gaza, hasil atau susulan daripada serangan Israel semalam, maka proses membincangkan gencatan senjata itu sedang berlaku, maka kita ikut proses tersebut", katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mingguan di Putrajaya.

ROSLINA BINTI DIN