fb fb fb fb fb

Malaysia sedia bantu Laos sempena Pengerusi ASEAN 2024 - Zambry

VIENTIANE, 26 Jun - Malaysia sedia membantu Laos dalam persiapan negara itu sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

Pendirian tersebut dinyatakan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam sesi mesyuarat bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Negeri Laos, Saleumxay Kommasith di sini.

Dr Zambry mengadakan kunjungan hormat terhadap Saleumxay di Kementerian Luar Negeri Laos sempena lawatan rasmi Perdana Menteri bermula petang ini. 

"Malaysia dan Laos berkongsi banyak kepentingan bersama, terutamanya dalam konteks kerjasama ASEAN.

"Kami juga berpeluang mengadakan perbincangan yang menyentuh isu-isu dua hala yang berkepentingan bersama antaranya perihal ekonomi, perdagangan, pelancongan, tenaga dan pendidikan," katanya kepada media Malaysia, di sini hari ini.

(Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir)

Selain membincangkan kepengerusian  ASEAN, kedua-dua mereka turut menyentuh isu-isu dua hala kepentingan bersama antaranya ekonomi, perdagangan, pelancongan, tenaga dan pendidikan. 

Dr Zambry turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Laos ke atas persiapan dan kemudahan kepada delegasi sempena Lawatan sulong Perdana Menteri ke Laos.

Perdana Menteri dijangka tiba di ibu negara Laos petang ini bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam lawatan pertama beliau ke negara ini, Anwar antara lain akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin utama Laos antaranya Presiden Dr Thongloun Sisoulith dan Perdana Menteri Dr Sonexay Siphandone.

Media Baharu