fb fb fb fb fb

KKR laksanakan kaedah BIM dan IBS terhadap 297 projek

(FOTO RTM)

TUMPAT, 26 Jun-Kementerian Kerja Raya (KKR) telah melaksanakan 297 projek pembangunan jalan raya dan bangunan dengan menggunakan kaedah Building Information Modelling (BIM) dan Industrial Building System (IBS) di seluruh negara setakat ini.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata,selaim menjimatkan kos, kaedah tersebut mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan.

"Jadi penggunaan BIM ini dapat membantu dan mengesan percanggahan di antara reka bentuk dan pembinaan menerusi bantuan Model 3 dimensi bentuk jalan atau jambatan

"Selain itu, pelaksanaan kaedah berkenaan mampu mengelakkan risko kelewatan pelaksanaan projek", katanya pada sidang media selepas merasmikan jejambat dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor di sini.

Menurut Nanta lagi, cadangan menggunakan BIM dan IBS secara maksimum dalam sektor pembinaan merupakan satu strategi berimpak tinggi yang mampu mengurangkan kebergantungan sektor pembinaan kepada pekerja asing melalui pengukuhan kompetensi dan adaptasi teknologi.

Pihaknya turut yakin kejayaan itu dapat dicapai dengan kerjasama strategik bersama kementerian dan agensi yang relevan dengan adaptasi teknologi sektor pembinaan sedia ada sebanyak 85.3 peratus bagi projek awam dan 81 peratus bagi projek swasta.


( Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi/FOTO RTM)

Media Baharu