Malaysia sasar 15 juta pelancong Muslim menjelang 2030

Foto ITC

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Malaysia menyasarkan ketibaan 15 juta pelancong Muslim menjelang 2030, susulan pertumbuhan segmen pelancongan mesra Muslim yang semakin penting dalam landskap pelancongan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peningkatan permintaan terhadap produk dan perkhidmatan pelancongan mesra Muslim, ditandai oleh jumlah pelancong Muslim 9.7 juta pada 2025.
  • Pembangunan ekosistem mesra Muslim termasuk makanan halal, kemudahan solat, aktiviti keluarga dan perkhidmatan memenuhi keperluan pelancong.
  • Malaysia diiktiraf sebagai destinasi mesra Muslim terbaik dalam kalangan negara OIC menerusi Global Muslim Travel Index 2026, untuk tahun ke-11.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohd Yusri Mohd Yusoff berkata Malaysia merekodkan 9.7 juta pelancong Muslim pada 2025, jumlah tertinggi setakat ini.

“Pertumbuhan yang konsisten ini menunjukkan terdapat permintaan sebenar terhadap produk dan perkhidmatan pelancongan mesra Muslim,’ katanya di sini.

Beliau berkata pembangunan ekosistem pelancongan mesra Muslim turut merangkumi penyediaan makanan halal, kemudahan solat, aktiviti mesra keluarga serta produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelancong.

Katanya, ekosistem berkenaan turut menyumbang kepada kedudukan Malaysia sebagai destinasi mesra Muslim terbaik dalam kalangan negara Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC) menerusi Global Muslim Travel Index 2026, untuk tahun ke-11 berturut-turut.

“Konsep pelancongan Islam yang kita bangunkan di Malaysia adalah mudah iaitu
Mesra Muslim, Bukan Untuk Muslim Sahaja,” katanya lagi.

Beliau berkata pendekatan itu bukan sekadar menyediakan keperluan kepada pelancong Muslim, malah mewujudkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa dan meyakinkan kepada pelancong Muslim serta bukan Islam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.