fb fb fb fb fb

Malaysia sambut baik tawaran bangun teknologi vaksin COVID-19

(Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) telah menandatangani MoU bersama
Aktuel Expo Healthcare International Fair Company bagi memperkasa Malaysia
sebagai destinasi pelancongan kesihatan bertaraf dunia disaksikan Ismail Sabri (tengah)

ANKARA, 8 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyambut baik tawaran Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk memindahkan teknologi vaksin dan menjalankan kajian pembangunan vaksin secara bersama.

Ismail Sabri berkata, beliau akan meminta Kementerian Kesihatan meneliti tawaran tersebut.

“Saya menyambut baik tawaran Presiden (Recep Tayyip) Erdogan untuk bekerjasama dalam pembangunan vaksin COVID-19, Turkovac buatan Turkiye.

"Saya akan meminta Kementerian Kesihatan untuk meneliti tawaran ini. Selaras dengan pelan hala tuju pembangunan vaksin negara yang telah saya lancarkan pada tahun lalu,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi empat hari itu

Mengulas mengenai kerjasama pembangunan vaksin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba yang turut sama dalam lawatan itu berpandangan usaha itu akan membantu mempercepatkan pembagunan vaksin buatan Malaysia.

"Ini merupakan satu usaha dan kolaborasi memungkinkan pihak kita dapat membangunkan vaksin dengan lebih pantas memandangkan pertukaran teknologi
dan juga perkongsian kepakaran dan juga pembangunan dan penyelidikan sedang berlangsung.

(Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba)

"Kita mempunyai kepakaran dan juga kapabiliti dan juga kapasiti setakat ini untuk bersama sama membangunkan vaksin seperti ini," katanya.

Semalam, Presiden Erdogan berkata, Turkiye merancang untuk melancarkan vaksin domestik dan nasional, TURKOVAC, di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (M-H-T-C) dengan Aktuel Expo Healthcare International Fair Company.

Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan, Malaysia akan dterus diperkasa sebagai destinasi pelancongan kesihatan bertaraf dunia.

Dengan kepakaran Malaysia dalam kesuburan in-vitro (IVF), kardiologi, onkologi, pergigian, pembedahan plastik dan beberapa bidang lain, Turkiye merupakan antara pasaran utama negara.

Media Baharu