fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat gegar laut Bali

Foto Jabatan Meteorology Malaysia

PETALING JAYA, 1 Oktober - Gempa bumi kuat berukuran 6.1 magnitud berlaku di laut Bali pada pukul 12.49 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 128 km timur laut dari Probolinggo, Indonesia.

Menurut MET Malaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa berkenaan.

ROSLINA BINTI DIN