fb fb fb fb fb

Malaysia buat permohonan serah operasi terminal baharu ISGIA kepada MAHB

(ISGIA yang kini memiliki satu landasan dan dua terminal merupakan pintu masuk keenam
paling sibuk di Eropah, dengan jumlah penumpang mencecah 25 juta
pada 2021 yang merupakan 70 peratus daripada angka pra-pandemik COVID-19)

ANKARA, 8 Julai- Malaysia telah membuat permohonan kepada Turkiye untuk menyerahkan operasi terminal baharu Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (ISGIA), di istanbul kepada Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).

Perdana Menteri menyampaikan hasrat tersebut kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan dan berharap permohonan tersebut diterima.

"Saya berbincang dengan presiden bahawa ISGIA akan diperbesar oleh kerajaan Turkiye melibatkan sebuah landasan dan sebuah terminal baharu<" katanya.

ISGIA yang kini memiliki satu landasan dan dua terminal merupakan pintu masuk keenam paling sibuk di Eropah, dengan jumlah penumpang mencecah 25 juta pada 2021 yang merupakan 70 peratus daripada angka pra-pandemik COVID-19.

(Ismail Sabri melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (ISGIA), di istanbul)

Lapangan terbang itu yang diuruskan dan dimiliki sepenuhnya oleh MAHB, merekodkan 11 juta penumpang sehingga Mei tahun ini, iaitu 81 peratus daripada tempoh yang sama pada 2019.

Memiliki kapasiti 41 juta penumpang setahun, lapangan terbang itu merupakan pelaburan luar negara terbesar MAHB dan salah satu daripada pelaburan terbesar Malaysia di Turkiye setakat ini.

ISGIA menyumbang 25 peratus kepada hasil pendapatan MAHB.

Media Baharu