PETALING JAYA,1 Oktober - Gempa bumi kuat berukuran 6.9 magnitud berlaku di Leyte, Filipina pada pukul 9.50 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 50 km barat laut dari Ormoc, Filipina.
Menurut MET Malaysia, gegaran dirasai di sekitar Sandakan, Sabah
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa berkenaan.
Dalam pada itu, MET Malaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran mengisi borang soalselidik di pautan ini: https://forms.gle/NWR9oUvQoK3FsQ5j8.