fb fb fb fb fb

Haji: Perkhidmatan muassasah di Arafah lebih baik

ARAFAH, 8 Julai- Perkhidmatan muassasah di Arafah kini jauh lebih baik dari sebelum-sebelum ini.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad selain khemah-khemah yang lebih selesa, tahun ini juga Malaysia diberi ruang yang lebih luas untuk jemaah berwukuf.

(Idris Ahmad)

Antara penambahbaikan lain seperti Khemah Peneman yang menggantikan khemah warga tua sebelum ini, untuk membantu 25 jemaah yang memerlukan bantuan khas antaranya bantuan bagi yang berkerusi roda.

"Mereka sudah melepasi kesihatan mereka, cuma datang ke sini ada sedikit masalah kesihatan yang tidak diduga.

"Maka tindakan proaktif yang dibuat oleh pihak Tabung Haji ialah kita menyediakan peneman, maksudnya mereka ini akan ditemani oleh petugas-petugas tabung haji," katanya.

Beliau ditemui semasa melawat khemah jemaah haji Malaysia di Arafah.

Media Baharu