fb fb fb fb fb

Malaysia rekod kadar pembantutan kanak-kanak tertinggi di rantau Asia - IMFed

PETALING JAYA, 21 Julai- Kadar pembantutan kanak-kanak di Malaysia antara tertinggi di rantau ini iaitu sebanyak 21.8% bagi kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah manakala 8.2% bagi golongan remaja.

Menurut Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Dr. Selva Kumar Sivapunniam, Program IMFed For Growth (IMFed) telah dilaksanakan sejak 2012 bagi menangani masalah tumbesaran dalam kalangan kanak-kanak di negara ini.

Usaha itu juga katanya bertujuan menyasarkan pengurangan pembantutan dalam kalangan kanak-kanak sehingga 8% menjelang 2030.

"Seperti yang kita tahu, tumbesaran itu penting untuk perkembangan minda, otak dan juga sangat penting dalam proses ke arah menjadi orang dewasa.

Kanak-kanak adalah masa depan kita. Bagi saya, kita kena terapkan kesedaran ini agar anak di Malaysia sihat sekarang dan menjadi rakyat yang sihat kemudian," kata Dr Selva kepada pemberita RTM pada Majlis Sambutan Ulang tahun ke-10 'Program IMFeD For Growth' (IMFeD) di sini, hari ini.

Langkah ini seiring dengan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini berhubung “Pelan Strategik Nasional untuk Menangani Masalah Pembantutan Kanak-kanak 2022-2030”.


(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin hadir merasmikan Majlis Sambutan Ulang tahun
ke-10 'Program IMFeD For Growth' (IMFeD) di Petaling Jaya)

Media Baharu