fb fb fb fb fb

Malaysia perlu teroka teknologi aeroangkasa Turkiye

ANKARA, 18 Ogos - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sukacita dengan lawatan ke Turkish Aerospace Industri (TAI) sempena Lawatan Negara ke Turkiye.

Al-Sultan Abdullah bertitah agar Malaysia dapat mempelajari teknologi yang dimiliki pemain utama aeroangkasa di Turkiye itu.

Baginda turut menzahirkan rasa kagum dengan teknologi yang dimilki TAI dan berharap kerjasama lebih rapat di antara kedua-dua negara khususnya dalam teknologi pembuatan pesawat udara serta penyelidikan dan pembangunan (RnD).

(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
ketika ditemui pemberita RTM)

"Ini lawatan pertama kali saya ke TAI, saya perhatikan banyak kapal terbang (di Turkiye) dan RnD nya, dan kagum. Dan saya dimaklumkan ada juga anak-anak muda kita mempelajari sedikit sebanyak teknologi di sini.

"Mereka (TAI) telah melangkah begitu jauh dari segi teknologi dan berharap sangat dapat bekerjasama dengan Malaysia dalam hal perkara ini," Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah selepas melawat TAI di sini.

Dalam lawatan itu, Seri Paduka berkenan menyaksikan pertunjukan udara menggunakan pesawat tempatan yang dibangunkan TAI termasuk pesawat tanpa pemandu dan pesawat Latihan.

Al-Sultan Abdullah juga kemudiannya berkenan mencuba simulasi pesawat milik TAI.

Sementara itu, dalam program sama Baginda berkenan bertemu dan beramah mesra dengan sebahagian pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Turkiye serta tujuh pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang menjalani latihan praktikal selama sebulan di TAI.

"Alhamdulillah saya dapat dapat menjalani latihan selama sebulan atas tajaan UniKL. Disini saya dapat mempelajari tentang pesawat berkenaan dari segi pertahanan terutama sekali bahagian 'hurjet', 'combat aircraft' dan kita mempelajari dari segi permulaan iaitu daripada 'design zero' sepenuhnya," kata Pelajar UniKL, Muhammad Ihsan Jamal.

"Kini saya ambil jurusan kejuruteraan komputer dan kebanyakan pembelajaran adalah berasaskn komputer dan saya juga dapat juga dapat menyumbangkan untuk salah satu kapal terbang yang dinamakan hurkus TAI ini dan Alhamdulillah saya dapat perolehi banyak maklumat dan saya akan memperkembangkan maklumat ini di Malaysia," kata Muhamad Danish Aqmar Rushdan.

"Di sini saya telah ditempatkan di Jabatan Avionic bersama seorang lagi rakan saya. Di sini kami belajar sistem terutamanya 'hurjet'. Kami buat perisian," kata Ainul Syahmina Salleh.

TAI merupakan firma pertahanan dan aeroangkasa terbesar di Turkiye yang menumpukan kepada pembangunan produk tulen.

Syarikat itu menyasarkan untuk menjadi satu daripada 10 firma terbesar dunia dalam industri menjelang tahun 2028.

Media Baharu