fb fb fb fb fb

ANGKASA dan NAFAS bekerjasama bantu konsistensi bekalan ayam

(Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah bercakap pada sidang media selepas 
menerima kunjungan daripada NAFAS di Petaling Jaya, Selangor hari ini)

PETALING JAYA, 18 Ogos - Kerjasama strategik antara Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (ANGKASA) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bakal membantu merancakkan sinergi ekonomi industri ayam dengan sasaran pengeluaran 30 juta ekor ayam setahun.

Menurut Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata kerjasama tersebut bertujuan mengurangkan kebergantungan orang tengah dan membantu konsistensi bekalan ayam di negara ini.

"Kita juga akan melihat secara keseluruhan, bukan setakat mengeluarkan ayam sahaja, secara keseluruhan supaya produk yang dikeluarkan ini dan harga yang kompetitif dan boleh ditawarkan lebih murah dan kurang dari harga pasaran," kata beliau selepas menerima kunjungan daripada NAFAS, di sini hari ini.


(Foto fail)

Selain melengkapkan rantaian nilai ayam, NAFAS turut merealisasikan usaha Pertubuhan Peladang sebagai pemain utama industri ayam halal.

Tambahnya, kemajuan sektor koperasi diharap mampu memberi manfaat kepada ekonomi negara.

Pada sesi kunjungan tersebut, turut diadakan sesi perbincangan mengenai langkah-langkah susulan yang bakal direalisasikan bagi memenuhi keperluan pasaran ayam segar.

Media Baharu