fb fb fb fb fb

MPM rai sumbangan dan jasa bekas PM kedua, Tun Abdul Razak Hussien

(Pengerusi Majlis Perundingan Melayu (MPM), Prof Datuk Dr Zainal Kling)

KUALA LUMPUR, 18 Ogos - Majlis Perundingan Melayu (MPM) mengambil inisiatif menyambut sejarah pembangunan tokoh negarawan, Tun Abdul Razak Hussien.

Genap setahun kelahirannya, MPM berhimpun meraikan sumbangan dan daya bakti beliau selama berkhidmat sebagai Perdana Menteri kedua.

Pengerusi MPM, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata persidangan turut mengajak golongan belia mengingati sumbangan tokoh sejarawan negara.


(Sidang Sempena Sambutan 100 Tahun Kelahiran Tun Abdul Razak Hussien dianjurkan Majlis Perundingan
Melayu (MPM) bagi mengenang sumbangan dan jasa bekas Perdana Menteri kedua itu)  

"Mereka menjadi perantara untuk mendekati golongan belia, universiti-universiti terutama universiti (mempunyai) golongan muda yang ramai terutama UiTM, anak-anak Melayu, jadi kerana itu kita merancang untuk mengadakan perhubungan dan kegiatan bersama golongan mahasiswa untuk mendidik mereka," kata beliau ketika ditemui selepas Sidang Sempena Sambutan 100 Tahun Kelahiran Tun Abdul Razak Hussien di sini hari ini.

Persidangan meja bulat bertemakan Legasi Kemajuan Integriti tersebut diadakan dengan perbincangan bersama ahli panel jemputan dan juga wakil mahasiswa.

Media Baharu