fb fb fb fb fb

Malaysia perkukuh hala tuju AI, sasar jadi hab digital serantau

Zambry Abd Kadir berucap pada majlis penutupan International Conference on Empowering Leadership 2.0 di Kota Kinabalu hari ini/RTM

KOTA KINABALU, 25 September- Malaysia terus memperkukuh hala tuju dalam bidang kecerdasan buatan (AI) ke arah menjadi hab digital serantau serta pengeluar produk buatan Malaysia.

Melalui National AI Roadmap 2030, sumbangan AI kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disasar mencecah 1.2 peratus dengan nilai tambahan sehingga RM20 bilion setahun dan pewujudan lebih 500,000 pekerjaan baharu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, universiti memainkan peranan penting dalam melahirkan bakat global, mendorong penyelidikan berimpak tinggi serta membina ekosistem inovatif sejajar dengan keperluan industri.

Pada majlis penutupan International Conference on Empowering Leadership 2.0 di sini, beliau turut mengumumkan pelancaran Scopus AI di 20 universiti awam, menjadikan Malaysia negara pertama di Asia Pasifik menggunakan platform itu secara nasional bagi memacu penyelidikan dan kolaborasi.

Menurutnya, transformasi ini menuntut kepimpinan celik digital, beretika dan berpaksikan nilai kemanusiaan, dengan tumpuan kepada program literasi AI, hab penyelidikan rentas disiplin serta kerangka tadbir urus kukuh.

Beliau menambah, Dasar Digitalisasi Pendidikan Tinggi 2025-2030 turut digerakkan bagi memperkukuh kepimpinan digital serta meningkatkan kesiapsiagaan mahasiswa menghadapi masa depan berasaskan teknologi.

SITI AISHAH BINTI MD ISA