fb fb fb fb fb

Malaysia mampu jinakkan Kyrgyzstan, Taiwan - Datuk Hamidin

Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon menjalani sesi latihan menentang Republik Kyrgyz di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini/FOTO FAM

KUALA LUMPUR, 14 November - Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin optimis Harimau Malaya mampu mengatasi Kyrgyzstan dan Taiwan dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Jelas beliau, keyakinannya adalah berasas, selepas melihat prestasi skuad negara sejak kebelakangan ini.

Datuk Hamidin berharap, para pemain dapat mengekalkan konsistensi untuk menghadapi cabaran ini.

"Sebagai presiden saya yakin. Tapi yakin saya bukan main-main. Yakin saya dengan kerja kena buat. Jadi kita usaha tapi keyakinan bukan kata cukup tinggi tapi team ni boleh 'makan' Kyrgistan dengan Taiwan. Oman kita akan 50-50 di Bukit Jalil," katanya kepada pemberita hari ini.

Malaysia akan membuka tirai saingan Kumpulan D pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan yang menduduki ranking ke-97 dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada Khamis ini.

Mereka kemudian beraksi di tempat lawan menentang Taiwan di ranking ke-15 pada 21 November.

Selepas dua perlawanan bulan ini, Malaysia dijadual bertemu pasukan ke-72 dunia Oman di tempat lawan pada 21 Mac dan diikuti perlawanan timbal balik selepas itu.

GRACE AISYAH KEDAYAN