fb fb fb fb fb

'Malaysia Madani Tekad Perpaduan Penuhi Harapan', tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 hari ini, sekali gus melancarkan logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023.

Ia bertemakan 'Malaysia MADANI Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'.

Tema tersebut dipilih menerusi kerjasama panel pemikir yang terdiri daripada 16 orang pakar pelbagai bidang.

"Pelancaran logo ini bermaksud ia adalah permulaan kepada usaha kita bukan hanya untuk memperkenalkan logo serta tema Sambutan Hari Kebangsaan tetapi juga akan menjurus ke arah apa yang saya sebutkan tadi pada 15 Julai nanti, permulaan kepada sambutan bulan kebangsaan ke dalam komuniti," katanya di sini.

Bagi pemilihan logo Malaysia MADANI, ia berteraskan reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan 'tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara'.

Bagaimanapun, rakyat juga diseru untuk mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik.

 (Fahmi Fadzil)

Media Baharu