fb fb fb fb fb

Hina institusi beraja, lelaki 27 tahun ditahan

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Seorang lelaki berusia 27 tahun berjaya diberkas Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana disyaki membuat hantaran di akaun media sosialnya berbaur penghinaan terhadap institusi beraja, selain bersifat provokasi perkauman.

Turut dirampas, sebuah telefon bimbit dan dua kad sim yang digunakan suspek.

Siasatan dijalankan dibawah seksyen 4(1) akta hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian terhadap mana-mana raja atau kerajaan, dan seksyen 233 akta komunikasi dan multimedia 1998 laitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Bagaimanapun, orang ramai diminta menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menyalahgunakan platform itu sehingga menggugat keharmonian negara serta ketenteraman dan keselamatan awam.

(Tangkap layar kenyataan PDRM)

Media Baharu