fb fb fb fb fb

Jenazah Awang Askandar, tiba di Malaysia

SEPANG, 27 Mei- Jenazah Pendaki Everest, Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 7.30 pagi tadi.

Bacaan Yassin dan Tahlil turut diadakan sejurus jenazah tiba dan disusuli sesi penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Pengurusan membawa balik jenazah Allahyarham telah diselaraskan dengan lancar oleh pihak Kedutaan Malaysia di Nepal.

Jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) itu dijadual dibawa balik ke Kota Kinabalu dengan menaiki Pesawat MH2646 sebelum dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 2.15 petang.

Atas permintaan ahli keluarga, jenazah akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Benoni, Papar dan kemudiannya akan disolatkan di Masjid Jamek As-Salam Benoni.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kg. Benoni mengikut upacara istiadat penghormatan APM.

(Jenazah Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub tiba di Kompleks Kargo KLIA/Foto BERNAMA)

 

Media Baharu