fb fb fb fb fb

Malaysia kecam penindasan berterusan Israel terhadap Palestin

(Pengebumian Mahdi Hashash di Tebing Barat/REUTERS)

KUALA LUMPUR, 2 Februari- Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kempen penindasan ganas tanpa henti oleh rejim Israel ke atas warga Palestin terutamanya terhadap tahanan dari Jenin di Tebing Barat.

Ia termasuk penindasan dalam beberapa penjara di kawasan diduduki Israel selain daripada hukuman secara pukul rata dan tindakan balas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu kenyataan, turut "menyeru semua pemimpin dunia untuk berfikiran wajar untuk mengutuk pembunuhan warga Palestin."

Tambah beliau, masyarakat antarabangsa juga digesa untuk memastikan rejim Israel bertanggungjawab ke atas jenayah dan menghentikannya serta merta.

Malaysia turut menzahirkan simpati dan doa kepada semua keluarga rakyat Palestin yang maut dan cedera dalam pencerobohan tentera Israel baru-baru ini.

Selain itu, beliau menegaskan Malaysia akan terus bersatu padu dengan warga Palestin dan mengukuhkan sokongan untuk mencapai kebebasan daripada pendudukan haram Israel.

(Tangkap layar FB Anwar Ibahim)

Media Baharu