fb fb fb fb fb

PM perkenal logo Malaysia Madani

KUALA LUMPUR, 2 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan logo Malaysia Madani sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia.

Menerusi hantaran di Facebook, logo yang mempunyai empat warna utama iaitu biru, kuning, merah serta putih mempunya rasional yang tersendiri.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto FB Anwar Ibrahim)

Warna biru melambangkan kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan manakala kuning adalah nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan.

Sementara itu, warna merah pula melambangkan keberanian, jati diri dan keazaman dan kuning sebagai keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni.

Logo itu juga dilengkapi dengan jalur gemilang yang berbentukk lima jari dengan jalur merah putih sebagai simbol Rukun Negara dan asas ideologi Malaysia.

Perdana Menteri turut menjelaskan, Malaysia Madani sebagai jalan ke depan untuk Malaysia serta masyarakatnya yang rencam kaum dan budaya.

Media Baharu