fb fb fb fb fb

Malaysia-Hungary jalin kerjasama dalam bidang pertanian

KUALA LUMPUR, 7 Julai- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjalin kerjasama pertanian dengan Hungary bagi mengukuh hubungan dua hala dan kerjasama dalam bidang pertanian.

Menterinya, Datuk Seri Mohammad Sabu berkata, perbincangan beliau bersama rakan sejawatan dari Hungary, Dr Istvan Nagy akan menumpukan kepada akses pasaran, pertanian moden dan penyelidikan.


(Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu
dan rakan sejawatan, Dr Istvan Nagy)

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata kerjasama ini merupakan peluang untuk meneroka pasaran baharu bagi produk pertanian Malaysia, seterusnya meningkatkan keseimbangan perdagangan pertanian antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Dr. Nagy dalam kenyataannya turut menyebut kepentingan mengukuhkan kerjasama kedua-dua negara adalah bagi mencipta lebih banyak peluang dan menjadikan ia sebagai satu kelebihan supaya lebih berdaya saing.

Tambahnya, Hungary bersedia untuk meningkatkan kerjasama dalam penyelidikan benih dan agro-genetik, pertanian pintar dan pendigitalan yang ditekankan dalam pertanian untuk membantu menangani cabaran dalam produktiviti, kemampanan dan perubahan iklim.

Dr Nagy juga menawarkan Malaysia peluang menjadikan Hungary sebagai pintu masuk kepada keluaran pertanian dari Malaysia ke Kesatuan Eropah (EU).

Media Baharu