fb fb fb fb fb

Karnival Jualan Agro Madani beri pendedahan usahawan pasarkan produk

SUNGAI PETANI, 7 Julai- Karnival Jualan Agro Madani dan FAMA Kedah 2023 memberi pendedahan dan peluang kepada usahawan negeri itu memasarkan produk ke peringkat pasar raya.

Pengarah FAMA Kedah, Zuriana Mad Adam berkata kerjasama pada sesi pertama melibatkan sebuah pasar raya tempatan .

"Selain menyediakan platform untuk usahawan,  pengguna boleh mendapatkan produk dan buah-buahan bermusim dengan harga murah iaitu sekitar antara 10 hingga 30 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Karnival Jualan Agro Madani dan Industri Asas Tani FAMA  di pasar raya Mydin Taman Batik, Sungai Petani.


(Pengarah FAMA Kedah, Zuriana Mad Adam)

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Mydin Wilayah Utara, Azmin Saduruddin berkata pihaknya akan menyediakan lebih banyak penyertaan kepada usahawan FAMA bagi memasarkan produk mereka di pasaran.

" Kami bincang untuk menyediakan satu ruang IKS. Kita sedia maklum ramai usahawan IKS tak dapat nak memasarkan barangan mereka jadi kita bagi ruang untuk mereka jual secara terus kepada pengguna," katanya.

Karnival yang berlangsung selama empat hari sehingga Ahad ini melibatkan 22 usahawan dengan sasaran jualan sebanyak RM250,000.

Media Baharu