fb fb fb fb fb

Tiga buah rumah musnah dalam kebakaran

KUCHING, 7 Julai- Tiga buah rumah di Taman Hillview, Kuching musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan Ebby Hirwandy Sarbini berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian, kira-kira pukul 3.00 pagi.

Beliau berkata kebakaran tersebut melibatkan tiga buah rumah teres satu tingkat dan turut memusnahkan dua buah kenderaan.


(Foto fb Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)

"Rumah pertama bahagian 'corner' telah terbakar 95 peratus, rumah kedua telah terbakar 100 peratus dan rumah ketiga terbakar 10 peratus.

"Anggota Bomba bertindak melakukan pemadaman dengan menggunakan sumber air daripada pili bomba berhampiran sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya", katanya.

Insiden tersebut tidak melibatkan sebarang kecederaan. Punca serta jumlah kerugian dalam siasatan.

Operasi memadam kebakaran turut dibantu anggota dari BBP Batu Lintang.

Media Baharu