fb fb fb fb fb

Uji bakat Bintang Kecil RTM 2025 dapat sambutan hangat

Persembahan salah seorang peserta uji bakat Bintang RTM 2025 peringkat Labuan.

LABUAN, 15 Jun - Sesi uji bakat Bintang Kecil RTM 2025 peringkat Labuan mendapat sambutan hangat dengan 51 peserta hadir mencuba bakat masing-masing.
 
Sesi berlangsung di RTM Labuan itu diadakan secara fizikal dan dalam talian disertai peserta pelbagai kaum.
 
Menurut Penerbit program Bintang Kecil RTM peringkat Labuan, Babyneline Magdaline Kimpilid, sesi itu diadakan bagi pencarian bakat peserta dalam kalangan kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun.

"Saya terharu dengan sokongan padu daripada adik-adik di sekitar Wilayah Persekutuan Labuan menyertai sesi uji bakat ini.

"Terima kasih juga kepada ibu bapa, penjaga dan juga guru yang turut membimbing dan memberikan suntikan semangat kepada adik-adik yang berkebolehan dalam bidang nyanyian untuk tampil di pentas RTM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi uji bakat Bintang Kecil RTM 2025 peringkat Labuan, di Laman Padian RTM Labuan.
 
Menurutnya lagi, peserta terpilih akan mewakili Labuan ke peringkat akhir Bintang Kecil 2025 Zon Sabah yang dijangka berlangsung 24 Julai ini.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN