(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (duduk tiga, kanan)
bergambar bersama Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr
(duduk tiga, kiri) di pejabatnya di Perdana Putra hari ini/Foto Bernama)
PUTRAJAYA, 26 Julai- Malaysia dan Filipina bakal meneroka peluang ekonomi bagi menembusi pasaran dalam industri halal.
Ia sebagai usaha memperkukuhkan hubungan dagangan dua negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana kedua-dua negara memiliki potensi dalam industri berkenaan.
Perkara itu antara yang dibincangkan bersama dalam rangka lawatan rasmi sulung Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr ke negara ini.
"Kita melihat potensi industri halal di kedua-dua negara dan kami akan melakukan yang terbaik dari segi mengeluarkan pensijilan.
"Namun kita harus bersama-sama melaksanakan beberapa perkara bagi membolehkan perkara ini dapat dilaksanakan dengan berkesan.
"Seterusnya dapat menembusi pasaran timur tengah khususnya," kata Anwar.
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto Bernama)
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama, antara Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Filipina, di sini hari ini.