fb fb fb fb fb

Malaysia dipilih jadi tuan rumah Sukan SEA ke-34 pada 2027

(FOTO HIASAN)

SINGAPURA, 12 Mei - Malaysia dipilih sebagai penganjur Sukan Sea untuk edisi ke-34 pada 2027.

Demikian diumumkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di laman media sosial mereka hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas ahli majlis Persekutuan Sukan Sea (SEAGF) bersetuju dalam mesyuarat yang berlangsung di Hanoi pagi tadi dengan pemilihan berdasarkan turutan abjad.

MOM pernah menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 pada tahun lepas, berikutan penarikan diri Brunei.

(Kenyataan mengenai Malaysia di pilih sebagai tuan rumah sukan SEA ke-34 di laman
sosial Facebook rasmi MOM / FOTO FB MOM)

Presiden MOM, Tan Sri Mohd Norza Zakaria menerusi kenyataan menzahirkan ucapan terima kasih kepada SEAGF di atas kepercayaan untuk mengajurkan Sukan SEA selepas kali terakhir pada 2017.

Pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri dan Menteri Belia dan Sukan untuk memaklumkan secara rasmi mengenai perkara tersebut.

"Ini kali ketujuh Malaysia diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah sejak kali pertama pada 1965 ketika temasya ini dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP)," katanya menerusi kenyataan.

Mesyuarat berkenaan turut memilih Singapura untuk menjadi tuan rumah bagi edisi ke-35 pada 2029.

Kemboja dijadual menganjurkan temasya itu buat kali pertama tahun depan, manakala Thailand menjadi tuan rumah bagi Sukan Sea 2025.

Media Baharu