fb fb fb fb fb

Malaysia dan Singapura mencari langkah terbaik atasi kesesakan

(Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor ketika merasmikan
Pelancaran projek 1975 Avenue and Hotel di Iskandar Puteri, Johor)

ISKANDAR PUTERI, 31 Ogos- Malaysia dan Singapura bekerjasama dalam mencari langkah terbaik untuk mengatasi masalah kesesakan di Tambak Johor dan Link Kedua.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, "keperluan mewujudkan perkhidmatan feri yang menghubungkan Iskandar Puteri dengan Tuas, Singapura turut dibincangkan."

Selain itu, projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor Bahru dan Woodlands perlu disiapkan mengikut jadual.

Beliau turut menambah, "kunci utama adalah meminimumkan isu kesesakan termasuklah melalui projek RTS secepat mungkin dan berjalan mengikut jadual.

"Kita juga berusaha mengatasi masalah isu berkenaan, juga kemungkinan melihat kemungkinan perkhidmatan feri antara Tuas dan Iskandar Puteri." Ujar beliau ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelancaran projek 1975 Avenue and Hotel di Iskandar Puteri, Johor.

(Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor)

 

Media Baharu