fb fb fb fb fb

Kebakaran: Empat gerai, sebuah khemah musnah

SAMARAHAN, 31 Ogos- Empat gerai menjual makanan dan sebuah khemah menjual pakaian di Pekan Sebuyau, Samarahan musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak menyatakan tiada laporan jiwa dilaporkan.

Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebuyau menerima panggilan kecemasan pada jam 4.45 pagi dan 4.49 pagi.

Seramai enam anggota PBS dan empat anggota BBP bergegas ke lokasi bagi memadam kebakaran.

Operasi pemadaman dilakukan dengan membentang 200 kaki satu pancutan air dan melakukan 'overhaul' bagi memastikan tiada lagi punca api.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. 


(Tiada laporan jiwa dilaporkan dalam kebakaran)

Media Baharu