fb fb fb fb fb

Lelaki maut dikelar

(Polis sedang melakukan siasatan kepada mayat lelaki yang dijumpai)

DUNGUN, 31 Ogos- Seorang lelaki tempatan berusia 42 tahun ditemukan mati dengan kesan kelar di Felda Kerteh 6, Dungun, Terengganu.

Mayat lelaki itu ditemukan oleh pengurus ladang.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, "saksi telah melalui kawasan tersebut dan melihat seorang lelaki terbaring dalam keadaan mengiring sebelum berhenti untuk memeriksanya."

Siasatan awal mendapati terdapat kesan kelar di bahagian leher mangsa namun tiada sebarang kecederaan lain ditemui pada badan mangsa.

Identiti mangsa serta motif kejadian belum dapat dikenal pasti.

Siasatan lanjut sedang dijalankan manakala gerakan mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh.

(Polis daerah Dungun berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut)

Media Baharu