fb fb fb fb fb

Laporan akhir Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dijangka akan dibentangkan September

(Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang))

PETALING JAYA, 31 Ogos- Laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dijangka akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada September.

Laporan akhir Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemantauan yang dipengerusikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, setelah dimuktamadkan 22 Ogos lalu.

Laporan akhir setebal 500 muka surat itu diserahkan oleh Pengerusi Pasukan Petugas Khas,Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam satu sesi penyerahan rasmi dan disaksikan oleh pegawai kanan daripada Kementerian Luar Negeri, Kementerian Alam Sekitar dan Air, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Keselamatan Negara.

Menurut Datuk Seri Dr Wan Junaidi, laporan tersebut merupakan suatu laporan yang bersifat bebas.

Laporan itu berasaskan pandangan dan pendapat pakar hasil analisa, penelitian dan pemerhatian Pasukan Petugas Khas sepanjang hampir sembilan bulan tempoh pelaksanaan bermula 9 November 2021 hingga 30 Ogos lalu.

Komitmen kerajaan semestinya untuk memastikan kedaulatan negara sentiasa terjamin dan menjadi keutamaan seterusnya memberikan impak yang positif kepada negara.

(Tangkap layar kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang))

Media Baharu