fb fb fb fb fb

5,000 penduduk Kelantan sambut Ambang Merdeka

GUA MUSANG, 31 Ogos- Lebih 5,000 masyarakat di Kelantan membanjiri dataran KESEDAR Gua Musang, bagi menjayakan konsert Ambang Merdeka KESEDAR dengan kerjasama RTM Zon Timur.

Walaupun berlangsung dalam keadaan cuaca hujan, ia tidak menjadi alasan buat warga Kelantan di Gua Musang memenuhi setiap ruang di dataran KESEDAR sekaligus mencipta kenangan indah bagi Sambutan Hari kemerdekaan ke-65 tahun ini.

 

(Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah merasmikan Konsert Ambang Merdeka di sini)

Konsert Ambang Merdeka itu dirasmikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa selebriti popular tanah air antaranya Zarul Umbrella Dan Rahmat Mega.

Pelbagai acara menarik turut disertakan bagi memeriahkan Konsert Ambang Merdeka kali ini antaranya cabutan bertuah dan persembahan dikir barat serta pertunjukan bunga api.

Media Baharu