fb fb fb fb fb

Lebih 3,000 hadir tonton Konsert Ambang Merdeka @Sedili

KOTA TINGGI, 31 Ogos- Lebih 3,000 penduduk sekitar Kota Tinggi hadir memeriahkan Konsert Ambang Merdeka @ Sedili malam semalam.

Lima penyanyi tempatan membuat persembahan iaitu Ismail Izani, Tajul, Elyana, Nizam Laksamana dan P. Radhi.


(Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, Norlizah Noh yang turut hadir di malam Ambang Merdeka di sini)

Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi, Norlizah Noh berkata, program seperti ini dapat membantu menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat menerusi hebahan berterusan di buat radio-radio RTM dan televisyen di lokasi-lokasi terlibat.

“Setelah dua tahun kita tidak menyambut program-program merdeka secara bersemuka pada tahun ini, Alhamdulillah ramai orang yang datang ke Kota Tinggi dan saya rasa bersyukur kerana Kota Tinggi menjadi pilihan RTM.” Jelas beliau semasa hadir ke konsert berkenaan.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Datik Paduka Hazlina Jalil berkata, program dapat merancakkan ekonomi peniaga tempatan apabila ramai pengunjung yang hadir.

“Apabila program ini diadakan ia merancakkan lagi sambutan merdeka di Kota Tinggi.

Semua agensi kerajaan turut bekerjasama menjayakan program dan pemilihan lokasi ini dapat menaikkan lagi nama Sedili.” Ujarnya.

Tepat 12 tengah malam juga, diadakan persembahan bunga api menandakan 31 Ogos.

Ambang Merdeka@Sedili turut mendapat kerjasama MELAKAfm dan NEGERIfm.

Media Baharu