fb fb fb fb fb

Lebih 15,000 orang membanjiri Dataran Pekan Rabu

ALOR SETAR, 31 Ogos- Sementara itu Ambang Merdeka di Kedah disambut meriah dengan lebih 15,000 orang ramai membanjiri Dataran Pekan Rabu di Alor Setar bagi sama-sama menyambut hari kemerdekaan yang ke 65.

Rakyat berbilang bangsa hadir sejak pukul 10 malam lagi, bagi menantikan detik 12 tengah malam.


(Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor)

Hadir sama, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan barisan exco kerajaan negeri .

Tepat detik 12 tengahmalam, Datuk Seri Muhammad Sanusi bersama orang ramai melaungkan Merdeka sebanyak tujuh kali dengan penuh semangat .

Lagu Negaraku berkumandang sambil bendera Jalur Gemilang dinaikan.

Sejurus itu, percikan bunga api selama 10 minit menyerikan lagi suasana ambang kemerdekaan.

Terdahulu dalam ucapan, Datuk Seri Muhammad Sanusi menyeru agar rakyat mempertahankan kemerdekaan yang dikecapi dan ditangan generasi muda bakal mencorakan masa depan negara dikemudian nanti.

Persembahan pertahanan diri dari anggota tentera, pertunjukan menyelamat dari anggota Bomba dan Penyelamat serta persembahan cegah jenayah dari anggota polis turut menarik perhatian pengunjung.

Selain persembahan nyanyian patriotik, deklamasi sajak berunsur kemerdekaan negara turut dipersembahkan.

Media Baharu