fb fb fb fb fb

Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dua negara

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan satu pertemuan dengan Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah.

Dalam pertemuan yang berlangsung pagi tadi itu, kedua-dua pemimpin membincangkan usaha untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin antara Malaysia dan Brunei.

"Kami bicara terkait usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara meliputi pelbagai bidang khususnya perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan serta hal ehwal sempadan," kata Anwar menerusi Facebook beliau.

Brunei adalah rakan perdagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN pada 2023 dengan nilai dagangan sebanyak AS$2.04 bilion (RM9.31 bilion).

SITI AISHAH MD ISA