PETALING JAYA, 13 Januari - Malaysia berhasrat untuk mempercepatkan proses menandatangani perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan Indonesia berhubung bekalan pekerja asing bagi sektor pembinaan.
Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata satu perbincangan telah diadakan semalam antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM).
"Indonesia saya kira MOU belum dimuktamadkan semalam dibincangkan di kabinet menteri dalam negeri bersama Kementerian Sumber Manusia akan pergi ke Indonesia supaya dapat memutakmadkan MOU di antara Indonesia dengan Malaysia dari segi bekalan buruh daripada Indonesia.
"Memang kita memohon supaya Kementerian Sumber Manusia bersama KDN dapat memutakmadkan secepat mungkin"kata Fadillah selepas merasmikan projek Alfa Bangsar dan pembukaan Galeri Jualan di Petaling Jaya.
Dalam pada itu, beliau turut maklumkan Perjanjian memorandum persefahaman (MoU) bersama negara Myamnar telah selesai ditandatangani.