fb fb fb fb fb

Malaysia berada di tangga ke-13 dunia dalam Indeks Pemulihan COVID-19 adalah pencapaian membanggakan - Muhyiddin

PUTRAJAYA, 10 Januari - Kedudukan ke-13 dalam senarai terbaharu Indeks Pemulihan COVID-19 Nikkei selepas hampir dua tahun negara memerangi wabak itu merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyuddin Yassin, ia berikutan langkah awal yang diambil sejak penularan wabak itu bermula di negara ini.

Jelasnya pencapaian itu dapat dilihat antaranya menerusi kejayaan pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sehingga membolehkan pembukaan sektor sosial dan ekonomi dengan segera.

"Jadi ia satu pencapaian yang harus kita banggakan dan kita tidak mahu mendabik dada, tapi disebabkan itu keadaan situasi di negara kita agak jauh lebih baik daripada negara maju yang lain", katanya.

"Rakyat harus teguh bersama kerajaan untuk mematuhi SOP seterusnya mempertahankan kedudukan kita di tangga ke-13 atau menjadi lebih baik", kata Muhyiddin selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara di Putrajaya.

 

Media Baharu