(Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Arab Saudi Putera Faisal bin Farhan di Bangunan Perdana Putra/BERNAMA)
PUTRAJAYA, 8 Jun- Malaysia dan Arab Saudi komited untuk terus mengukuhkan hubungan perdagangan dan meningkatkan jumlah pelaburan ke tahap lebih tinggi.
Komitmen itu ditegaskan semula hasil kunjungan rasmi Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan terjadap Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Putrajaya.
Menurut Mohamed Azmin, kedua-dua negara bersetuju mengekalkan momentum hubungan dua hala yang kukuh dan unik di semua peringkat.
(Malaysia-Arab Saudi ulangi komitmen tingkatkan pelaburan, perdagangan/FB Azmin Ali)
Malaysia mengalu-alukan hasrat Arab Saudi memanfaatkan kedudukan negara ini untuk menembusi pasaran ASEAN dan pasaran Asia yang lain menerusi Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
Malaysia juga mengalu-alukan cadangan Putera Faisal untuk mewujudkan perjanjian perdagangan Majlis Kerjasama Malaysia-Teluk ke arah integrasi ekonomi yang lebih besar antara Kuala Lumpur dengan Riyadh.
Usahawan Malaysia digalak meneroka peluang pelaburan dan perdagangan khsususnya dalam sektor teknologi tinggi, pembuatan dan industri baharu.