fb fb fb fb fb

Program TVET menyaksikan lonjakan kebolehpasaran graduan ILJTM

SHAH ALAM, 8 Jun - Kebolehpasaran lebih 90 peratus graduan Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) sejak tahun 2014 membuktikan keberkesanan program Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, program TVET di ILJTM di seluruh negara dilaksanakan secara berstruktur dan berasaskan keperluan industri.

Menurut beliau dengan pembukaan semula semua sektor ekonomi dalam fasa peralihan ke endemik, pasaran pekerjaan dijangka kembali rancak.

Seterusnya membuka ruang yang lebih luas kepada siswazah TVET untuk memasuki alam pekerjaan berbekalkan kemahiran yang diperoleh.

(Awang Hashim bercakap kepada media selepasĀ merasmikan
Majlis Konvokesyen ILJTM kali ke-25 di sini)

"Menjelang 2030 kerajaan menyasarkan peningkatan 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi baharu dalam sektor ekonomi. Malah TVET dilihat sebagai 'game changer' atau medium yang dapat membantu mencapai sasaran itu.

"Ini berdasarkan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang turut mengiktiraf TVET sebagai antara pemboleh daya yang dapat menyumbang ke arah pembentukan negara membangun yang makmur, inklusif dan mampan.

"Justeru institusi TVETperlu ditransformasikan melalui pengenalan dan penawaran kursus baharu selari dengan perubahan teknologi semasa iaitu khususnya berkaitan teknologi digital," kata Awang di sini.


Media Baharu