RIYADH, 26 Mei-Malaysia dan Arab Saudi telah memeterai satu memorandum kerjasama melalui pengiktirafan bersama pensijilan halal bagi produk tempatan di antara kedua negara.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui satu kenyataan menjelaskan, ini membolehkan produk yang dikilangkan di Malaysia dan mendapat pengiktirafan halal JAKIM memasuki pasaran Arab Saudi tanpa halangan dan begitu juga sebaliknya buat produk tempatan dari Arab
Malaysia diwakili Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff manakala Kerajaan Arab Saudi pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Saudi Food and Drug Authority (SFDA), Dr. Hisham Al-Jadhei.
Melalui perjanjian ini, JAKIM akan disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh SFDA, manakala SFDA pula akan disenaraikan sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM.
Ini sekaligus boleh mengukuhkan kerjasama kedua-dua pihak dalam bidang pengurusan pensjilan halal serta berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan pensijilan halal yang meliputi aspek latihan, penyelidikan dan analisis produk halal demi kepentingan bersama.

(Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif, Saudi Food and Drug Authority (SFDA),
Dr. Hisham Al-Jadhei/FOTO RTM)