fb fb fb fb fb

Malaysia anjur Persidangan Sains Tingkah Laku untuk Kesihatan tahun depan

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad/ BERNAMA

CYBERJAYA, 25 September – Malaysia bakal menganjurkan Persidangan Kebangsaan Sains Tingkah Laku untuk Kesihatan yang pertama pada April 2026.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ia sebahagian daripada pelaksanaan Pelan Induk Nasional Sains Tingkah Laku dalam Kesihatan yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

''Persidangan ini akan menghimpunkan pembuat dasar, profesional kesihatan, penyelidik, komuniti serta pelbagai pemegang taruh lain dalam bidang ini untuk berkongsi pengetahuan, menjalin kerjasama dan memacu kerjasama kesihatan yang sangat baik", katanya selepas melancarkan Pelan Induk Nasional Sains Tingkah Laku dalam Kesihatan di Cyberjaya, hari ini.

Menurut beliau, pelan induk itu merupakan langkah signifikan dalam meletakkan sains tingkah laku sebagai teras transformasi kesihatan negara dalam membina ekosistem kesihatan yang lebih kukuh, inklusif dan saksama.

Tambahnya, lebih 500 kakitangan KKM telah dilatih dalam bidang sains tingkah laku dengan pencapaian positif, termasuk pengurangan pengambilan gula, peningkatan aktiviti fizikal, pencegahan malaria dan amalan kebersihan diri yang lebih baik.

ROSLINA BINTI DIN