fb fb fb fb fb

Malaysia akan terus majukan hubungan dua hala dengan Thailand - PM

KUALA LUMPUR, 5 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan rakan sejawatnya dari Thailand Prayut Chan-o-Cha, untuk memajukan lagi hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Thailand.

Anwar berkata demikian mengulas perutusan tahniah daripada Prayut atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10 di Facebook.

“Thank you my friend Prime Minister Prayut Chan-o-Cha for your kind wishes (Terima kasih sahabat saya Perdana Menteri Prayut Chan-o-Cha atas ucapan anda)," katanya sambil memuat naik surat ucapan tahniah daripada Prayut.

Prayut dalam suratnya berkata beliau berharap dapat bekerjasama rapat untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala termasuk menjalin kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/FOTO BERNAMA)

“Saya yakin Malaysia akan terus maju dan makmur di bawah visi dan kepimpinan anda dan hubungan kejiranan akan terus berkembang dan menghasilkan banyak manfaat bersama yang meluas untuk rakyat dan rantau kita,” kata Prayut.

Media Baharu