fb fb fb fb fb

268 penduduk terjejas banjir ditempatkan di 3 PPS Perak

(Foto hiasan)

PERAK, 5 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak adalah seramai 268 orang daripada 78 keluarga setakat pukul 8.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, sebanyak tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di tiga daerah berbeza.

Bagi PPS Sekolah Agama Rakyat Padang serai di daerah Manjung menempatkan 177 penduduk melibatkan 54 keluarga.

Manakala, PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak di daerah Hilir Perak pula menempatkan 81 penduduk membabitkan 21 keluarga.

Sementara itu, di daerah Larut Matang dan Selama satu PPS dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong menempatkan 10 penduduk daripada 3 keluarga.

Bagaimanapun, setakat 8.00 pagi paras air di stesen Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak menunjukkan trend penurunan.

Paras air berada pada tahap waspada dengan mencatatkan bacaan 3.1 meter berbanding semalam 3.14 meter.

(Foto hiasan)

 

Media Baharu