KUALA LUMPUR, 21 Ogos- Ribuan rakyat dijangka membanjiri Malam Himpunan & Selawat Malaysiaku Bersama Gaza yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka pada 22 hingga 24 Ogos ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perpaduan Islam (MAPIM) Malaysia, Datuk Ahmad Sani Datuk Abdul Alim Araby berkata acara tersebut merupakan manifestasi Malaysia dalam menyuarakan solidariti besar-besaran terhadap penderitaan yang ditanggung rakyat Palestin, bertahun lamanya.
Acara yang dianjurkan MAPIM dengan kerjasama pertubuhan masyarakat sivil itu diadakan ketika situasi di Gaza semakin meruncing, dengan rejim Zionis mengerahkan kira-kira 60,000 tentera simpanan untuk melancarkan operasi yang dikenali "GDN Chariot Operation 2".
βIni bukan sekadar himpunan biasa. Ia tanda kebangkitan rakyat Malaysia bersama suara dunia dari Jepun hingga Melbourne, Amerika Syarikat (AS) hingga Britain menuntut keadilan untuk Gaza,β katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini, hari ini.
Program kemuncak pada Ahad 24 Ogos akan dimulakan sejurus selepas solat Maghrib dan solat hajat berjemaah, yang akan dipimpin Imam Besar di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Syeikh Abdul Karim Al-Makki.
Acara kemudiannya diteruskan dengan segmen Pentasan Bidas Peduli Gaza.
Acara bersejarah itu turut menyaksikan pelancaran Deklarasi Sumud Nusantara, yang menghimpunkan melalui masyarakat sivil daripada 10 negara sekali gus merangka pelan aksi susulan pascahimpunan.
Majlis turut akan dihadiri, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penaung gerakan bagi menyampaikan amanat penting mengenai pendirian negara terhadap Palestin.
Pelbagai aktiviti dan pengisian diadakan sepanjang tiga hari termasuk forum dan malam kesenian menampilkan artis tempatan seperti Faizal Tahir dan Hijjaz.