fb fb fb fb fb

Majoriti pengundi PRU DUN ke-15 berusia antara 21-29 tahun

KUALA LUMPUR, 5 Julai- Majoriti pemilih layak mengundi pada Pilihan raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) pada 12 Ogos ini membabitkan pengundi berusia antara 21 hingga 29 tahun.

Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), merekodkan pemilih dalam lingkungan usia berkenaan seramai 2,169,120 orang daripada keseluruhan 7,773,571 pengundi.

Selangor mencatatkan jumlah pengundi paling ramai iaitu 3,747,057 pemilih, diikuti Kedah dan Kelantan masing-masing seramai 1,585,085 dan 1,411,912 pemilih.

Pada PRU DUN ke-15 ini sebanyak 3,450 pusat mengundi dengan 17,425 tempat mengundi disediakan dengan anggaran peruntukan RM420 juta.

Semakan maklumat pengundian, maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan boleh dibuat bermula 17 Julai ini.

(Foto hiasan)

Media Baharu