fb fb fb fb fb

CYDES 2023, platform memperkasa keselamatan siber negara

KUALA LUMPUR, 5 Julai - Penganjuran Persidangan Cyber Defence & Security Exhibition and Conference 2023 (CYDES 2023) dilihat sebagai satu inisiatif dalam memperkasa keselamatan siber negara.

Program dijangka berlangsung pada 10 hingga 13 Julai di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur itu adalah bersempena Bulan Keselamatan Negara (BKN).

Ia melibatkan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) dan Alpine Integrated Solution Sdn Bhd (Alpine).

Pengerusi Alpine Integrated Solution, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman berkata CYDES 2023 merupakan platform bagi mempamerkan kepakaran, penyelesaian dan teknologi canggih yang bertujuan untuk memerangi ancaman keselamatan siber masa kini dan masa depan.

"Pertamanya dari segi ekosistem keselamatan siber di Malaysia. Keduanya, kita juga akan menceritakan ekosistem keselamatan siber di peringkat serantau dan global.

Kita jugak akan mengadakan satu forum ASEAN Cyber Security Forum dan Malaysia Cyber Security Forum. Akhir sekali, kita akan mengadakan Konvensyen ICTSO," kata Khairul kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam Program ALFA Nasional.fm di Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media.

Persidangan yang berlangsung empat hari itu, turut menyediakan ruang pameran yang disertai hampir 200 pempamer dari 15 buah negara termasuk negara anggota ASEAN selain menyasarkan hampir 2,000 peserta dan 50 speaker dari dalam luar negara.


(Pengerusi Alpine Integrated Solution, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman dalam
sesi temu bual di konti Nasionalfm, hari ini)

Media Baharu