fb fb fb fb fb

Tidak isytihar cukai, pengarah syarikat kitar air didenda RM18,000

JOHOR BAHRU, 5 Julai- Seorang pengarah syarikat kitar semula didenda RM18,000 dan penalti RM2.437 juta selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru kerana gagal mengemukakan penyata pendapatan borang C taksiran 2021 hingga 2022, melibatkan nilai cukai pendapatan lebih RM3.3 juta.

Majistret, Nurzihan Abdul Rehman menjatuhkan hukuman itu dan memerintahkan tertuduh, Wong Siew Lian, 49 tahun menjalani hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, beliau gagal mengemukakan penyata pendapatan bercukai berjumlah lebih RM1.8 juta bagi cukai taksiran 2021 dan lebih RM1.5 juta untuk tahun 2022.

Beliau sepatutnya membayar cukai lebih 438,000 pada tahun 2021 dan RM374,000 tahun lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 112 (1A) Akta Cukai pendapatan 1967, yang memperuntukkan denda RM20,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda amaun cukai yang dikenakan.

Kes dikendalikan Peguam Kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Norhidayah Yasin.


(Dia sepatutnya membayar cukai lebih 438,000 tahun 2021 dan RM374,000 tahun lalu)

Media Baharu