fb fb fb fb fb

PRU DUN ke-15: Pas Terengganu berhati-hati dalam kempen

(Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar)

KUALA TERENGGANU, 5 Julai- Parti Islam Se-Malaysia PAS Terengganu akan mengambil pendekatan berhati-hati pada kempen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri PRU DUN pada kali ini.

Ia susulan perintah Mahkamah Pilihan Raya Terengganu memutuskan kemenangan calon PAS, Datuk Ahmad Amzad Hashim di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum PRU ke-15 lalu dibatalkan.

Manakala keputusan di Parlimen Marang pula adalah sebaliknya.
 
Perkara itu dinyatakan sendiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merangkap Naib Presiden PAS.

Selain, akur agar tidak melakukan sebarang kesalahan seumpamanya, sepanjang tempoh berkempen PRN nanti.

"Saya rasa itu sudah masuk agenda kami untuk sentiasa berhati-hati. Pertama, dengan budaya politik matang dan sejahtera. Kita akan teruskan pada musim pilihan raya ini.

"Yang kedua, mana-mana kesalahan dengan peraturan pilihan raya kita akan akur untuk tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang sedemikian,"katanya.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Parti Perikatan Nasional Terengganu berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kad Laporan Prestasi 2018-2023 dan Buku Kejayaan Terengganu 2018-2022 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.


(Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Pelancaran Kad
Laporan Prestasi 2018-2023 
dan Buku Kejayaan Terengganu 2018-2022
di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu)

Media Baharu