fb fb fb fb fb

Majlis Konvokesyen ke-33 UUM guna kaedah RFID, SOP majlis lebih terkawal

SINTOK, 12 Mac- Universiti Utara Malaysia (UUM) buat julung kalinya memperkenalkan sistem e-Konvo berasaskan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) pada Majlis Konvokesyen ke-33 UUM yang akan berlangsung seminggu mulai Ahad di Dewan Mu’adzam Shah di Sintok, Kedah.

Ini kerana penggunaan RFID dapat mengurangkan sentuhan dan interaksi secara langsung dalam jarak dekat antara graduan bagi mengawal penularan COVID-19 sepanjang majlis berlangsung.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata pengenalan sistem baharu itu adalah seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

"RFID mempunyai dua sistem utama iaitu sistem pengurusan jubah dan sistem panggilan nama graduan. Teknologi RFID menggunakan medan elektromagnetik frekuensi radio untuk memindah maklumat daripada tag RFID ke pengimbas RFID untuk tujuan pengenalan dapat digunakan dalam pelbagai aplikasi."

"Dengan adanya teknologi itu, pengurusan jubah akan menjadi lebih cekap serta dapat menjana laporan inventori jubah dengan cepat dan efisien," kata Prof. Dr Haim Hilman kepada pemberita RTM.


(FOTO FB UUM)

Bagi sistem panggilan nama graduan, tag RFID yang dilekatkan pada jubah graduan akan berfungsi dengan imbasan yang dikesan oleh pengimbas RFID dan nama graduan akan diumumkan secara automatik semasa graduan berada di pentas untuk mengambil skrol ijazah.

Media Baharu